Sunday 30 November 2014

Beralih ke Produk 100% Halal milik Bumiputra : Nuri Beauty

Eat Healthily Stay Healthy


Sumber Foto : FB : Nuri Beauty (https://www.facebook.com/nuribeautyskincare?fref=ts)

Hai ,
Dah lama aku tak update blog yang ini, aku sebenarnya ada banyak blog, disebabkan aku neh memang minat menulis jadi aku tak ada blog yang sebenar-benar khusus. Maksudnya, aku minat jugak menulis pasal kecantikan, tips perhubungan dan sebagainya. Tapi aku banyak concentrate dengan blog misteri aku tuh huhuhu.

Tapi kali neh aku nak introduce tentang satu produk kecantikan yang baru sahaja berada di pasaran dalam tahun neh jugak tak silap aku. Kalau sebut Nuri Beauty mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tidak.

Untuk pengenalan, produk neh adalah Produk 100% Buatan Malaysia, HALAL.

 Aku jadi tertarik nak cuba produk neh sebab aku kenal founder(pengasas) produk neh. She's my mom's BFF. Aku kenal sangat mak kawan aku neh, sebelum dia jual produk neh dia dah test dekat family dia, bila dah ok baru dia berani jual. Sebab member aku neh ada adik bongsu yang memang ada masalah jerawat. Tak silap masa aku jumpa awal tahun kulit dia memang sorry cakap memang merah sebab jerawat yang besar-besar.

Tapi semalam bila aku hangout dengan kawan aku dan adik beradik dia, aku perasan jerawat dekat muka adik dia macam dah mengecut, tinggal parut-parut kecik jer.

Kebetulan aku pulak tiba-tiba ditumbuhi jerawat dekat bahagian leher, aku perasan aku start tumbuh jerawat sejak aku bertudung(mungkin meterial tudung yang aku gunakan tak sesuai dengan kulit aku jadi kerap berpeluh dibahagian situ, aku tengok kawan-kawan aku yang lain yang bertudung ok jer, lagi satu kat leher jer aku ada jerawat dekat muka takde) dan sunburn sebab pergi Pulau Perhentian masa bulan 9 harituh sekarang dah bulan 12 sunburn tuh masih tak hilang.

So, aku try dua sabun, satu untuk jerawat (Pimple/Acne Soap) dan satu lagi untuk sunburn (Brigthning Soap).

Kawan aku ni dah pesan, produk neh memang tak ada bahan-bahan kimia yang boleh memberi  keputusan yang drastik selepas pemakaian. Ia mengambil masa jugak, sebab dia menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti cengkih,minyak zaitun dan sebagainya.

Tak ada kesan sampingan. Maksudnya kalau korang berhenti pakai bila-bila masa pun tak jadi masalah. Sebab ada sesetengan produk kecantikan yang mengandungi barang-barang terlarang seperti Hidroquinone dan Merkuri dia bagi kesan pemulihan yang cepat tapi cuba korang berhenti pakai lepastuh, ada kulit-kulit yang licin tiba-tiba ditumbuhi jerawat yang sangat banyak!

Untuk penjelasan yang lebih lanjut dan nak tengok produk-produk yang lain keluaran Nuri Beauty korang boleh log in FB cari nama page Nuri Beauty

Nanti entri akan datang Insyaallah aku akan update pengalaman aku guna kedua-dua sabun neh 'Brightning Soap' & 'Acne/Pimple Soap'.
Sumber Gambar :
Link FB Nuri Beauty https://www.facebook.com/nuribeautyskincare?fref=ts